Aku temui Jalan Mati.Ku sangka hujan smpai malam rupanya panas pada sebelah petang.Maaf atas segalanya.Tetapi sikap Mu yang berlebihan ibarat memenjara aku dan bak kata Mak, 'Jangan Biar Diri Terikat' melayang-layang di kotak fikiran ketika nekad untuk kau terus pergi tanpa terus mencapai tangan mulus ini lagi.Tiada lagi BBM yang kadang kala terlupa untuk dibalas.Tiada lagi laporan-laporan yang perlu dihantar untuk membuat sebarang pergerakan.Aku sedih.Terlalu hiba sehingga aku perlu senyum jadi orang ramai tidak mentertawakan aku.Ego aku tewas dan kerana itu linangan air mata deras mengalir.Pernah berpeluh berjalan kaki untuk ke perhentian bas dan terpacak untuk menunggu pengangkutan awam itu agar dapat ke kota membeli sesuatu untuk kau.Kini sudah punya kemudahan sendiri.Terselit banggaKu untuk disitu =,) Cari perempuan yang lebih jauh mendengar kata.Aku belum begitu mengenali dunia.Belum bersedia untuk diikat dan disorok oleh mata dunia.Aku masih mahu berjalan dengan lebih jauh.Terima Kasih untuk pengorbanan.Halalkan titik peluhMu yang muncul kerana aku.Halalkan juga semua barang-barang yang pernah kau titipkan untuk menunjukkan kasih.Maaf,aku berundur..
No comments:
Post a Comment